About Me

Friday 20 April 2012

RPH Simpulan Bahasa..

Rancangan Pengajaran Harian
Tarikh/Hari:                      02/04/2012 / Selasa                                                     Masa:      9:15 – 9:30 pagi
Kelas:                                4 Jaya                                                                          Bil. Pelajar:  30 orang
M/Pel:                                Bahasa Melayu
Tajuk:                                Yang Baik Dijadikan Teladan
Objektif:                            Murid dapat menyatakan mana penyataan simpulan bahasa dari bahan yang dibaca.

Pengetahuan Sedia Ada:Murid pernah simpulan-simpulan bahasa yang mudah-mudah.
Konsep:                            Membaca dan memahami maksud simpulan bahasa
Bahan:                               Kad imbasan, kertas silangkata, senarai simpulan bahasa
Nilai:                                  Mengetahui dan juga kesedaran tentang ungkapan-ungkapan yang selalu
                                           digunakan dalam masyarakat umum.
Kemahiran:                      F.U 3.3 Menyampaikan maklumat dalam aktiviti yang terancang
 F.S 5.2 Membaca kuat prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami
 perkataan yang dibaca              

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
5 min
Bersoal jawab tentang simpulan bahasa yang ditanya secara lisan
Guru bertanyakan makna perkataan “Ada Hati” kepada murid secara lisan
Murid menjawab soalan yang ditanya
Bersoal jawab
Perkembangan
(Langkah 1)
8 min
Membaca secara kelas
Guru menerangkan maksud yang difikirkan perlu
Murid dibekalkan senarai simpulan bahasa seperti yang diarahkan
Murid membaca senarai simpulan bahasa
(Langkah 2)
7 min
Mengenal pasti simpulan bahasa yang diberikan
Guru menunjukkan kad imbasan kepada murid
Murid menjawab dengan berpandukan helaian kertas yang diberi

Membaca secara kelas
(Langkah 3)
5 min
Mencari simpulan bahasa yang tersembunyi
Guru memberi kertas silangkata
Murid dikehendaki mencari penyataan-penyataan yang diberi
Kertas silangkata
Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Penutup
Kuiz diberikan
Guru memberi makna penyataan
Murid memberikan simpulan bahasa yang difikirkan sama dengan makna yang disebut oleh guru
Helaian simpulan bahasa

Saksikanlah.....

Bukan mudah untuk menyampaikan pengajaran mengenai simpulan bahasa kepada murid-murid sekolah rendah.  Berbagai aktiviti diadakan untuk menarik minat murid-murid supaya fokus kepada pembelajaran di kelas.  Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan untuk pengajaran simpulan bahasa di kelas...



Apakah pendapat anda mengenai aktiviti ini?.....

Friday 13 April 2012

Fikir-fikirkan lah....

Berikut adalah sebuah cerita yang boleh menjadi pengajaran dan teladan kepada kita.  Amat sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran kepada murid-murid di sekolah rendah.



Si gagak berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan berfikir ketika dalam kesusahan.  Dalam keadaan terdesak si gagak mencari jalan untuk mendapatkan air di dalam takar.  Ini menunjukkan si gagak panjang akal dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya.


Maksud panjang akal - cerdik

Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu.  Ia merupakan bahasa kiasan yang sopan yang digunapakai oleh orang dulu-dulu bagi menyampaikan maksud agar si pelaku tidak akan merasa terhina jika dia digunakan.

Sila ikuti cerita berikut:




Cerita ini menunjukkan si monyet keras kepala kerana tidak mengikut nasihat si kancil.

Maksud keras kepala:
bantah, degil, atau enggan mendengar cakap dan tidak mahu mengalah; seseorang yang tidak mahu mengikut nasihat dan mempunyai azam yang kuat


***Adakah terdapat lain-lain simpulan bahasa yang tersirat dalam cerita ini?